r o m a n t i q u e · { ℒ σ ν є } · (clipped to polyvore.com ) KISAH TELADAN PEMUDA YANG BERBAKTI DENGAN IBUNYA. Suatu ketika,Nabi Sulaiman pernah memerintahkan jin Ifrit menyelam ke dasar laut. Di sana jin Ifrit telah menemui sebuah kubah yang ditatahi dengan peemata putih. Kubah itu lalu diangkat ke darat untuk ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah dibuka kubah itu, didapatinya ada seorang pemuda tinggal di dalamnya. Kerana terlalu hairan, Sulaiman pun bertanya, “ Siapakah engkau ini, dari bangsa jin atau manusia, bagaiman engkau memperoleh karomah seperti ini?” Pemuda itu pun bercerita, “Dahulu aku ada seorang ibu yang sangat tua lagi lemah sehingga akulah yang menguruskan segala keperluan hariannya. Tangan inilah yang mendukungnya, menyuap makanan ke mulutnya,membasuh pakaiannya, bahkan segala-galanya, sedangkan ibuku selalu mendoakan untukku. Antara doa yang sering diucapnya ialah, “ Ya Allah, murahkanlah rezeki anakku, kurniakanlah dia kebahagian dan tempatkanlah dia di s